Terasa nak berceloteh lagi hari ini. Sudah seminggu dua ni Mrs terasa tidak berapa happy. Biasalah, mana ada hidup yang sentiasa happy all year long. Macam tajuk kat atas, hidup kita ni berpusing, jap kat atas, jap kat bawah. Begitulah juga apa yang Mrs sedang alami sekarang ini. Terasa dugaan demi dugaan yang Allah turunkan buat Mrs. Biar terasa berat bahu yang menanggung, namun Mrs cuba terima dengan hati terbuka. Mrs anggap semua ni ujian dari Allah SWT untuk menguji sejauh mana kita mengingatiNya.
Mak Mrs kata bersabarlah, selagi terdaya untuk bersabar. Memohonlah padaNya, agar dipermudahkan segala-galanya. Jika terasa ingin menangis, menangislah kepadaNya. Dia Maha Mengetahui, Dia juga Maha Menyayangi. Jika Dia rasa kita layak menerima pertolonganNya, maka akan Allah turunkan 'bantuan' buat kita selayaknya.
Mrs cuba jadi kuat, Mrs cuba tidak menangis apatah lagi di hadapan anak-anak. Namun, sebagai insan biasa. Punya kelemahan, kadang-kadang luruh juga airmata ini. Punyalah Mrs dok nyorok dalam bilik agar anak-anak tidak nampak. Biarpun mereka masih kecil lagi, namun Mrs tidak mahu langsung mereka nampak kesedihan di mata Mrs. Biarlah mereka lihat mama mereka yang sentiasa tersenyum dan gembira.
p/s: sekadar gambar hiasan.... Doa ketika dalam kedukaan... |
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.
Amalkan doa ini ketika hati ditimpa kedukaan, jiwa sedang lara atau kesedihan tidak terhingga. InsyaAllah, semoga tenang hati kita sekalian hambaNya...
Mak kata lagi, setiap kali kesedihan, kedukaan mahupun sedang dalam kemarahan, pandanglah wajah anak-anak. InsyaAllah, tenang semula hati kita melihat betapa sucinya wajah-wajah mereka. Mrs cuba memandang kepada Asif, mencuri-curi lihat wajah Anis (kang tenung bebetul, Anis cuak plak!), lega sekejap rasa hati yang walang. Ya Allah ya Rahman, berikanlah ketenangan hati dan fikiran kepada hambaMu yang lemah ini. Semoga ku temui kedamaian hati ini. Amin ya Rabbal Al Amin...
No comments:
Post a Comment