Tajuk post je dah menyeramkan Mrs. Hehehe seram sebab teringat masa 9 months pregnant tempohari, Mrs mempunyai berat over 80 kg huhuhu...Well actually, Mrs still in sad, sad, sad mood tapi Mrs ni ada satu kelebihan. Dalam pada sedih² pun Mrs still boleh tawa² bila ada yang funny rise up. Bukan apa, Mrs xmolah orang tengok Mrs ni muka sedih je 24/7, x best gak kan. Biarlah orang tengok kita sentiasa menawan dengan senyuman (ecehhh....perasan lebih :p).
Semalam tengahari selepas jemput Anis dari school, kami sekeluarga bergegas ke kampung (xlah jauh sangat dalam sejam setengah perjalanan). Sebabnya incik hubby ada kursus umrah untuk terakhir kali sebelum berlepas ke sana pada 12 April ni. So, biasalahkan bila ada kursus reramai tu maka sidang makan-makannya pun boleh tahan juga kan..kan..kan..ngeh²! Mrs kuranglah juga nak menjamah sbbnya dah makan nasi so xmolah penuhkan perut dengan makanan extra plak. So, apalagi kena ler sedas dua dengan makcik-makcik nih.."wehhh diot ko? (loghat neghori please ihiks3x...)
Alkisahnya, kalau cakap x diet pun x bleh juga sebab Mrs memang sedang menjaga pemakanan sekarang ni tapi tidaklah diet tahap kronik sampai tengok batu pun nampak cam burger ke kan... Asif sekarang dah berusia 9 bulan lebih, maka itu bermakna sudah 9 bulan lebih juga Mrs menjaga cara pemakanan Mrs. Sebab utama, huwaaaaaaa koleksi jeans Levi's kegemaran Mrs dalam size before pregnant (size adalah rahsia ahakss...) semua x bleh pakai wooooo... Makanya, Mrs pun pulun ler jaga itu ini. Dari berat 88kg sehari selepas bersalin sehinggalah ke hari ini, Mrs berjaya mendapatkan berat 60kg. So, Mrs ada lagi 5kg to go to reduce to get my original size back huhuhu...sikittttttttttt je lagi. Nanti kalau Mrs jumpa gambar2 Mrs seminggu b4 Mrs bersalin, Mrs cuba attach kat sini ea...
Makanya, dengan berat 60kg dan ketinggian Mrs 160cm sebenarnya dah look ok pun. Cuma sebab 'kanchong' sangat nak berat asal untuk muat balik dalam my jeans, so tekad juga lah nak dapat 55kg (cross finger - kalau dapat 52kg pun best gak...berat masa anak dara hik3...).
My tips? Veryyyyy the easy one. Mrs x amik apa satu produk pelangsingan pun kali ini. Serious kata kau!!! hehe... Yang penting cara Mrs ini menjamin yang kita tidak akan dapat berat 'Yoyo' (berat turun naik beberapa kali - which is not good for your 'jantung'). Apa yang Mrs buat setiap hari:
- Bangun awal pagi, before gosok gigi Mrs minum sesudu makan madu + air suam setengah cawan. Madu sangat bagus untuk memecahkan & menurunkan kadar kolesterol dalam darah anda. Mengamalkannya sehari sekali sudah cukup untuk menghilangkan kolesterol yang tidak anda kehendaki.
- 1/2 jam lepas tu, Mrs minum 2 gelas air masak.
- 1/2 jam lepas tu, baru Mrs sarapan. Kebiasaannya Mrs amik sarapan yang agak heavy. Selalu goreng nasi or bihun or cekodok bilis untuk sarapan Anis before ke sekolah. So menu itu jugalah yang Mrs bantai hari² :)
- Antara waktu selepas sarapan dan sebelum makan tengahari, banyakkan minum air masak tetapi make sure!! jangan minum air sekurang²nya 15 minit selepas makan. Please don't. Ia akan menyumbang kepada masalah boroi kemudian hari.
- Begitu juga mandi dan tidur selepas makan adalah sangat tidak digalakkan. Ini kerana mandi or tidur selepas makan, akan menganggu proses penghadaman. Bila proses penghadaman terhenti, maka proses 'keboroian' pun bermula (hik3..sedap² je buat perkataan baru :p
- Ok, pernah dengar pepatah ni? 'Breakfast like a King, Lunch like a Prince and Dinner like a Pauper'. Its true, seriously true! Amalkan amik breakfast berat (tapi elakkan makanan yang penuh dengan lemak & minyak), makan tenghari juga still berat cuma kurangkan potion dari sarapan tadi. Makan malam pula, kalau boleh amik buah-buahan je atau bijirin seperti oat. Ianya bagus untuk penurunan tahap kolesterol. Tetapi jika anda seorang yang sukar menahan nafsu makan, Mrs cadangkan amik secawan minuman panas like coffee or tea + biskut kosong 3-4 kpg. Enough!! No more than that. Amalkan tidur awal, ini akan mengelakkan anda mengelidah dapur di waktu tengah malam hehehe....
- Seperti yang Mrs cakap awal tadi, lebihkan minum air masak, ini membantu melancarkan proses penghadaman.
So, itulah antara tips yang Mrs amalkan selama 9 bulan ni. Serious said, memang berkesan pada Mrs dan mak Mrs (mak pun dah turun berat badan byk sgt!). Makanya, apa lagi cube larrr..... ;)
No comments:
Post a Comment