Pages

Readers

Friday, 23 March 2012

♥ Spread the love ♥

Hahaha....apalah yg Mrs dok merepek ni ek. Spread the love? Why this topic keep running in my mind since this morning. Punca? Hehe..oleh sebab Mrs bangun dengan mood yang best, so status FB pun wishing all of my frens to be blessed today. How I love my frens. Then, I know thats how I show my love. Mungkin tidak dalam perlakuan yang ketara atau menggunakan ayat yang terlalu berbunga. Namun, bagi Mrs mengharapkan yang terbaik untuk seseorang sudah menunjukkan betapa kita menghargai orang yang ada disekeliling kita. Huhuhu....why I'm soooo emotional today? PMS owhhh no...few days gone with the wind hahahah :p

Dolu2 masa muda, ketika Mrs masih jahil untuk memahami hukum2 Allah, Mrs adalah juga nak celebrate Valentine Days. Tidaklah dalam cara yang beria2, cuma bertukar-tukar hadiah sesama sendiri. Masa tu kalau si dia terlupa nak beli hadiah, muhahaha Mrs berialah merajuk sakan. Konon si dia tak sayang Mrs...Masa tu yang Mrs faham, 'No present, No love' huhuhu. Adakah itu caranya untuk menyatakan kasih sayang? Well, tahun berganti tahun Mrs semakin dewasa dan matang dalam memahami erti kehidupan dan kasih sayang yang sebenar. Terutama kita sebagai orang Islam yang melarang umatNya menyambut Hari Kasih Sayang secara barat ini. Mrs mula belajar bahawa kasih sayang harus dinyatakan setiap hari, setiap masa, kepada setiap insan yang kita sayang; tidak hanya kepada kekasih hati. Mrs juga tahu sekarang, menyatakan kasih sayang tidak hanya melalui wang ringgit, tetapi dalam cara kita mengambil berat, peduli, ingat mengingati dan pelbagai cara lain lagi dan tidak semestinya melibatkan wang ringgit pun.

Nyatakan kasih sayang anda kepada insan yang anda sayang setiap hari tanpa jemu. Kita tidak tahu akan apa akan berlaku selepas itu. Ajal maut di tangan Allah. Mungkin itulah kali terakhir kita dapat menunjukkan yang kita sayang dia. Usahlah nanti kita menyesal di kemudian hari.

Wahhh panjang lebar plak rapuan Mrs hari ni. What ever it is, spread your love. Tell them how much you love them. Tell them you care!

Love,

No comments:

Post a Comment