Perghh...gempak kan bunyinya hehe... Tapi bukan Mrs lah yang pergi menziarahi Rumah Allah itu. Mrs cuma pergi menghantar incik hubby, mak mertua, mak & ayah, adik dan 2 orang in-laws yang sangat bertuah diberi rezeki terlebih dahulu. InsyaAllah, ada rezeki lain kali Mrs pun teringin hendak menjejak kaki di sana.
12 April 2012 - Dek kerana 'excited'nya mak Mrs nih, seawal jam 2 pagi dia telah mengejutkan kami sekeluarga. Walhal, hehe bas yang akan membawa jemaah ke KLIA cuma akan sampai jam 6.45 pagi huhuhu sungguhlah 'mak den' nih hik3x... Padahal, ini bukanlah kali pertama mak, ayah & adik pergi. Hehehe...ayah kata mak 'excited' sesangat, x bleh tidolah tu. Buat incik hubby, mak mertua & 2 org in-laws ini adalah kali pertama mereka ke sana. Luckly, Asif memang jenis bangun awal. Maka, tidaklah dia meragam. Jam 3 pagi dia dah bangun. Dia pun faham 'wan' (panggilan nenek untuk mak Mrs) dia x bleh tidur sebab 'over excited' ;)
Antara jemaah lelaki Lokasi: Perkarangan majis kariah Felda Palong 3 Mood: Bergambar sambil gebang² |
Antara jemaah² wanita Lokasi: Masih di lokasi yg sama Mood: Gebang² juga tp dalam hati, ada sedih, ada gembira (biasa lar org perempuan hehe... ) |
Petang sehari sebelum tu, mak & geng beramai-ramai bergotong royong memasak rendang ayam & daging untuk bekalan jemaah & rombongan Cik Kiah yang akan menghantar. Oleh sebab kami dari Melaka sampai lewat, jadi Mrs cuma ditugaskan merebus ketupat segera malamnya...hehe easy ajerr ;)
Kami sampai di KLIA jam 11 pagi. Kecoh²lah sekejap sebab bas parking agak jauh dari tempat biasa. Masuk je di balai berlepas Aras 5, KLIA Mrs tengok ruang legar penuh dengan mereka yang akan pergi menunaikan umrah serta ahli² keluarga yang menghantar. Keluarga Mrs ni pergi melalui pakej umrah anjuran De' Mawardah Travel & Tour. Mak cakap agensi ini menyediakan perkhidmatan yang best dan ustaz Kamarulzaman yang memimpin ahli jemaah pun best sesangat. Jika ada sesapa yang berminat untuk menunaikan umrah dengan agensi ini dan dipimpin oleh ustaz ini, boleh mesej Mrs untuk keterangan lanjut. Harga pakej antara yang termurah dengan perkhidmatan yang sangat mesra & best gitu... ;)
Setiba je di balai berlepas tu, ustaz panggil untuk taklimat ringkas. Selesai je, mak apa lagi buka 'kedai makan' kat ruang legar tu hik3...tapi makan free of charge jer. Dah macam sesi perkelahan lah pulak. Mrs perasan pelancong² asing dok tengok je kumpulan besar kami dok gebang² sambil makan². Mesti dia orang terfikir meriahnya orang² Malaysia ni hehehe....
Sebahagian dari peserta 'sesi perkelahan' di lobi KLIA hik3x...meriah der! |
Jam 1 tengahari, ustaz Kamarulzaman panggil sekali lagi untuk taklimat seterusnya dan penyerahan passport & dokumen penting lain. Kemudian, semua jemaah umrah dah pun diarahkan turun ke balai menunggu. Masa nilah, tengok macam2 aksi sedih dan gembira. Sedih buat orang yang tertinggal di bumi Malaysia ini, gembira buat mereka yang akan menjejakkan kaki di Tanah Haram. Mrs pun terasa sebak juga, tapi biasalah Mrs ni jenis control ayu hehehe...so salam² minta maaf semua, pehtu buat² bz dengan anak² dan anak² buah. So, taklah terasa nak melayan perasaan.
Asif 'sad face' sbb ayah nak pergi jauh 2wks...huhuhu |
Selesai semua jemaah masuk ke dalam balai menunggu, maka serta merta Aras 5, balai berlepas KLIA terasa sunyi. Tinggal x seramai tadi manusia yang ada di situ. Kami pun bersiap² untuk gerak balik ke Palong. Ahli jemaah pula akan menaiki pesawat Biman Air jam 3 petang ke Daka, Bangladesh. Transit di sana selama beberapa jam sebelum berlepas pula ke Jeddah dan seterusnya menaiki bas ke Madinah.
Mrs, adik & anak² kami tiba di rumah Palong hampir jam 5 petang. Mulanya, Mrs ingat nak gerak balik ke Melaka petang tu tapi dek kerana keletihan sesangat, maka Mrs tangguhkan sehingga ke lepas maghrib. Kami sampai di rumah (Melaka) jam 10 malam. Anis terus tido, Asif memang awal² dah tertido dalam kereta, terus sambung tido hingga ke pagi. Mrs pula, dek kerana terlupa nak beri surat tidak hadir ke sekolah sehari sebelumnya, maka berhempas pulas pula menyiapkan surat. Mata dah layu, tapi ada lagi sedikit kerja perlu siap sebelum tido. Sedar tak sedar, jam 1 pagi juga Mrs settle wat kerja. Ingat nak tido, baring² atas katil mata pula terkebil². Tetiba rumah rasa sunyi. Ermmm...sedar tak sedar, entah jam berapa Mrs terlelap, jam 5.30 pagi tadi Mrs tersedar balik bila terdengar sore Asif....
New day begin... ;)
No comments:
Post a Comment