Pages

Readers

Tuesday, 24 April 2012

Rindu...

Assalammualaikum....

Rindu? Kat sapa? Ahakss...

Rindu kat Allah SWT; ini yg selalu kita lupa! Yang selalu kita rindu hanya pada keduniaan semata² cewaahhh macam ustazah plak. Tapi realiti kan pada kebanyakkan dari kita; Mrs juga manusia biasa tidak lari juga dari merindui dalam byk hal keduniaan ini. Oppss..bercakap soal rindu, tidaklah semestinya soal rindu pada kekasih atau buah hati semata-mata. Ada banyak lagi benda atau perkara lain yg boleh kita rindukan. Contohnya; Mrs rindu sgt nak lepak² coffee shop dengan kawan², berbual² gelak tawa sambil tgk org ramai lalu lalang hehehe... Tapi, sejak ada Asif lama dah Mrs tinggalkan aktiviti itu :))

Okeh! Back to tajuk. Wahh sangat rojak bahasa hari ini yer sayang² semua, asal faham sudahhh... Hehehe...walaupun jauh simpang menyimpang, tapi sebenarnya Mrs rindu kat incik hubby yg sekarang jauh di mata. Terasa lama dia takde, walhalnya baru seminggu lebih je pun hik3x...Mrs rasa Asif pun rindu kat ayah dia, sbb selalu nampak Asif dok renung² gambar ayah dia bila Mrs bawa dia melintas kat dpn frame² gambar tu semua. Anis usah cakaplah, dah bijak berkata², direct je cakap kat Mrs dia rindu kat ayah. Bleh nampak gak airmata bergenang masa dia cakap tu alalala sian anak mama. Tak lama lagi ayah balik dah...

Mrs pun rindu kat semua ahli keluarga yang pergi tu. Kat mak, ayah & adik. Pastu Mrs rasa bersalah sgt² pada mak mertua & adik ipar sebab masa last call tempohari sblm dia org masuk ke ruangan menunggu kat KLIA, Mrs tak sempat pun jumpa dia orang dan bermaaf²an. Since then till today, Mrs asyik dok ingat² je dan terbawa² dengan perasaan bersalah tu. Tu yg dok selalu sms adik ipar tanya² tentang dia org kat sana. Dengan harapan terhapus sedikit rasa bersalah tu. Nak² pulak Mrs rapat jugalah dengan adik ipar yang seorang ni. Mesti dia kecil hati dengan Mrs huhuhu...Sorry adikku. Kakak minta maaf yek..Semoga selamat pergi dan kembali ke tanahair nanti. 

Dengan incik hubby selalu gak ler sms & calling². Kos panggilan jgn citerlah, mahal giler. Incik hubby kata dari sana call ke sini RM3/minit. Mrs pulak guna I-Talk murah sikitlah. Kalau beli top up RM10 boleh bercakap dlm 8 minit. So taklah sampai RM3/minit kan. 

Dengan ayah Mrs sendiri, sempatlah call dia sekali aritu. Bertanya khabar. Katanya sekarang ni baru nak masuk musim panas. Mak Mrs demam skit, ayah & adik mula batuk². Mrs doakan mereka sihat sentiasa untuk meneruskan ibadah umrah mereka. Adik cakap mak telah memperdayakan dia, huhuhu...tang apa? Rupanya, dia termakan daging unta. Mak Mrs cakap daging lembu, sekali dah abis makan baru dia bocorkan rahsia kata daging unta hahaha adik bleh nak muntah plak. Masa makan tak ingat plak nak muntah hik3x...

Mrs bercerita ni macamlah lama sangat dia org tu pergi. Pejam celik pejam celik 2 minggu tu dah nak sampai penghujung. Tak lama lagi balik lah dia orang tu. Incik hubby kata ada ole² untuk Mrs yeayy!! suke²... (org p umrah, wat ibadah, kita suke² plak nak ole² haishh!!). 

Opss...sebelum terlupa, Mrs rinduuuuuu sangat nak makan Carl's Junior hik3x...(itu bleh kira rindu ke?) hehehe.....

Bye!

No comments:

Post a Comment