Pages

Readers

Wednesday, 14 March 2012

Bermulanya suatu perjalanan...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Pembuka bicara. Bermulanya suatu perjalanan, maka bermulalah juga sebuah penceritaan. Yang tidak akan ada penghujungnya melainkan setelah putusnya urusan di dunia nan fana ini. 

Ok, first of all saya ingin membahasakan diri sebagai Mrs. Sudah terbiasa dari zaman forum di cari.com.my dulu memakai id MrsHouse maka, panggilan Mrs sudah melekat difikiran ini setiap kali menulis sesuatu. Nama Mrs, Az Zara, meskipun 35 tahun lepas dilahirkan dengan nama lain, namun atas kehendak beberapa pihak. Akhirnya Mrs ambil keputusan untuk menukar kepada satu nama yang lebih baik. Sudah berkahwin dan memiliki sepasang cahayamata yang indah. Oleh itu panggil je Mrs, I ok jerrr ;)

Inilah anak-anak Mrs.
Kiri: Muhamad / Asif (Mrs sorang je yg panggil huhu...), 8 bulan;
Kanan: Anis Najwa, 10 tahun
Perbezaan umur yang besar antara kedua beradik ini, membuatkan mereka berdua rapat sangat. Si kakak pandai melayan adiknya, yang si adik pula asyik merengek bila kakak tiada. Mrs lah yang pengsan bila kakaknya pergi sekolah, banyak ooOOoo ragam adiknya tu...huwaaaaa. I love them both.

Kedua-dua merekalah permata hati Mrs. Tiada mereka, kosonglah hidup ini. Mrs tidak bekerja (jadi boss jerk kat rumah :p ), tapi Mrs ada business online kecil-kecilan (oklah, sekadar mencari duit poket). Mrs menjual segala barang-barang keperluan wanita dari pakaian, bag, produk kecantikan dan juga produk kesihatan. Apa sahaja wanita perlukan untuk tampil sihat dan cantik, Mrs akan cuba sediakan di dalam kedai Mrs hehehe....Klik je kat sini   www.az-zara.blogspot.com dan www.berrybloomroom.blogspot.com untuk lihat apa barangan yang Mrs jual. Check it out!


No comments:

Post a Comment