Pages

Readers

Friday, 23 March 2012

♥ Spread the love ♥

Hahaha....apalah yg Mrs dok merepek ni ek. Spread the love? Why this topic keep running in my mind since this morning. Punca? Hehe..oleh sebab Mrs bangun dengan mood yang best, so status FB pun wishing all of my frens to be blessed today. How I love my frens. Then, I know thats how I show my love. Mungkin tidak dalam perlakuan yang ketara atau menggunakan ayat yang terlalu berbunga. Namun, bagi Mrs mengharapkan yang terbaik untuk seseorang sudah menunjukkan betapa kita menghargai orang yang ada disekeliling kita. Huhuhu....why I'm soooo emotional today? PMS owhhh no...few days gone with the wind hahahah :p

Dolu2 masa muda, ketika Mrs masih jahil untuk memahami hukum2 Allah, Mrs adalah juga nak celebrate Valentine Days. Tidaklah dalam cara yang beria2, cuma bertukar-tukar hadiah sesama sendiri. Masa tu kalau si dia terlupa nak beli hadiah, muhahaha Mrs berialah merajuk sakan. Konon si dia tak sayang Mrs...Masa tu yang Mrs faham, 'No present, No love' huhuhu. Adakah itu caranya untuk menyatakan kasih sayang? Well, tahun berganti tahun Mrs semakin dewasa dan matang dalam memahami erti kehidupan dan kasih sayang yang sebenar. Terutama kita sebagai orang Islam yang melarang umatNya menyambut Hari Kasih Sayang secara barat ini. Mrs mula belajar bahawa kasih sayang harus dinyatakan setiap hari, setiap masa, kepada setiap insan yang kita sayang; tidak hanya kepada kekasih hati. Mrs juga tahu sekarang, menyatakan kasih sayang tidak hanya melalui wang ringgit, tetapi dalam cara kita mengambil berat, peduli, ingat mengingati dan pelbagai cara lain lagi dan tidak semestinya melibatkan wang ringgit pun.

Nyatakan kasih sayang anda kepada insan yang anda sayang setiap hari tanpa jemu. Kita tidak tahu akan apa akan berlaku selepas itu. Ajal maut di tangan Allah. Mungkin itulah kali terakhir kita dapat menunjukkan yang kita sayang dia. Usahlah nanti kita menyesal di kemudian hari.

Wahhh panjang lebar plak rapuan Mrs hari ni. What ever it is, spread your love. Tell them how much you love them. Tell them you care!

Love,

Thursday, 22 March 2012

Aduss....

Dah hampir 4 hari Mrs menderita sakit gigi. Gara-gara Asif melasak, dia terhantuk kepala dia ke bibir Mrs dengan kuat sekali. Amazingly, he's not crying at all. Mrs yang dok teraduh-aduh. Last2 malamnya, gusi dah mula bengkak dan terasa sengal2. Esoknya masa makan gigi terasa sakit yang amat sangat membawalah ke hari ini. Huwaaa.....Asif!!! (nak buat camne, anak lelakilah katakan huhuhu...)

Disebabkan sakit gigi inilah, segala mak nenek kerja-kerja Mrs tertangguh. Dari nak edit gambar jubah untuk dimasukkan ke dalam online shop Mrs hinggalah kerja-kerja mempromosi barang. Mrs dah tak kuasa nak duduk mengadap lappy comel ni. Sakit gigi boleh membuatkan kita menjadi cepat nak naik hangin tak hengat dunia auuuuu....
aduiii....sakitnyerr!!!
Setelah beberapa hari dok menderita, Mrs rasa esok Mrs kena gak lah ke klinik gigi huhuhu (x suke pi klinik gigi...). Tak larat dah nak menahan sakit ni lama2. Biar doktor tentukan apa yang patut Mrs buat dengan gigi ni...(minta2 janganlah dia suruh cabut huuuuu!!!)

Wednesday, 14 March 2012

Bermulanya suatu perjalanan...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Pembuka bicara. Bermulanya suatu perjalanan, maka bermulalah juga sebuah penceritaan. Yang tidak akan ada penghujungnya melainkan setelah putusnya urusan di dunia nan fana ini. 

Ok, first of all saya ingin membahasakan diri sebagai Mrs. Sudah terbiasa dari zaman forum di cari.com.my dulu memakai id MrsHouse maka, panggilan Mrs sudah melekat difikiran ini setiap kali menulis sesuatu. Nama Mrs, Az Zara, meskipun 35 tahun lepas dilahirkan dengan nama lain, namun atas kehendak beberapa pihak. Akhirnya Mrs ambil keputusan untuk menukar kepada satu nama yang lebih baik. Sudah berkahwin dan memiliki sepasang cahayamata yang indah. Oleh itu panggil je Mrs, I ok jerrr ;)

Inilah anak-anak Mrs.
Kiri: Muhamad / Asif (Mrs sorang je yg panggil huhu...), 8 bulan;
Kanan: Anis Najwa, 10 tahun
Perbezaan umur yang besar antara kedua beradik ini, membuatkan mereka berdua rapat sangat. Si kakak pandai melayan adiknya, yang si adik pula asyik merengek bila kakak tiada. Mrs lah yang pengsan bila kakaknya pergi sekolah, banyak ooOOoo ragam adiknya tu...huwaaaaa. I love them both.

Kedua-dua merekalah permata hati Mrs. Tiada mereka, kosonglah hidup ini. Mrs tidak bekerja (jadi boss jerk kat rumah :p ), tapi Mrs ada business online kecil-kecilan (oklah, sekadar mencari duit poket). Mrs menjual segala barang-barang keperluan wanita dari pakaian, bag, produk kecantikan dan juga produk kesihatan. Apa sahaja wanita perlukan untuk tampil sihat dan cantik, Mrs akan cuba sediakan di dalam kedai Mrs hehehe....Klik je kat sini   www.az-zara.blogspot.com dan www.berrybloomroom.blogspot.com untuk lihat apa barangan yang Mrs jual. Check it out!